Jika kamu memancing ikan.
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula
ke dalam air begitu sahaja, kerana ia akan
sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata
kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi
ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapankepada seseorang.
setelah ia mula menyayangi mu hendaklah
kamu menjaga hatinya.janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.
kerana dia akan terluka oleh kenangan
bersamamu dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi diamengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh.
cukuplah sekadar keperluanmu.
apabila sekali ia retak. tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula. akhirnya ia dibuang.
sedangkan jika kamu membaikinya mungkin
ia masih boleh digunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
terima lah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa. anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya
kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika memaafkanya boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu
berlengah, cuba mencari makanan yang
lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak
boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan
seorang insan.. yang kamu pasti membawa
kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba
membandingkannya dengan
yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya
No comments:
Post a Comment