Assalamualaikum...
Utk buat pertama kalinya aku menulis dlm blog ni n aku nk ucapkan terima kasih buat intan kerana memberi sedikit ruang dlm blog dia utk aku isikan.
Cuti kali ni, aku pulang ke Kelantan a.k.a bekas rumah nenek aku dekat Kg. Sireh, Kota Bharu. Rumah tu sekarang didiami oleh mak sedara aku yg bekerja sbg cikgu di sekolah blakang umah. Anyway... tujuan aku yg sbenar ialah nk menceritakan pengalaman aku semasa pulang ke kg(kira kg gak lah... mls nk tulis yg lain).
Pada mlm isnin di mana cuti pertengahan semester baru aja bermula, aku telah mendapatkan tiket bas untuk pergi menjeguk saudara-maraku di kelantan. Aku tidak pergi keseorangan ke sana tetapi pengembaraan ini diikuti oleh kakak aku yg baru pulang dari UK sebulan lepas. Bas yg aku perlu naiki bertolak dari penang pada pukul 9 mlm. Oleh itu, aku perlu bersiap lebih awal utk tidak ketinggalan bas. Setibanya di gelugor aku mendapati byk betul org ramai terutamanya pelajar2 usm yg sedang menunggu bas mereka utk pulang ke rumah masing2 terutamanya ke kelantan. Aku boleh meneka ke mana mereka ingin pulang sbbkan aku sgt kenal dgn bhs kelantan. Anyway.. aku naik bas BUDAYA. Bas yg masih baru dan berprestej. Enjinnya sungguh power dan berkuasa kuda yg tak dpt dibayangkan. Secara ringkas, bas budaya ni semuanya jenis baru2 belaka. So kalu dah baru mmg smooth saja lah perjalanannya.
Perjalanan balik ke kg tak dpt aku jelaskan dgn lebih terpeinci disbbkan mata ku yg letih dan menyebabkan aku terlena disepanjang perjalanan. Bila bangun aje tgk2 dah sampai pun kt KB. Fuuyooo... tak perasan langsung. Tak kira aku lena tahap mana pun aku masih dpt rasakan kesejukan bas budaya. Seperti yg telah disangkakan, mmg sejuk pun kalu naik bas.
Kesimpulan perjalanan aku menaiki bas, hanya dpt diulaskan dengan perjalanan kedua aku menaiki bas dari KB ke Pulau Pinang. Aku menaiki bas yg sama. Perjalanan pulang utk kali ini aku tidak dpt melenakn diri sbb aku tak rasa mengantuk sangat. Bas yg aku naiki mmg boleh dikatakan laju malah lebih laju dari bas transnasional dan bas2 yg lain. Bas budaya jugak mmg lebih power bila menaiki bukit. Kereta, bas lain, lori, n motosikal boleh dipotong ketika manaiki bukit Banjaran Titiwangsa. Semasa dlm perjalanan pulang juga aku sempat melihat gajah liar yg bersiar2 di mlm hari di tepi jalan dlm hutan Banjaran Titiwangsa. Ada juga beberapa ekor gajah yg cuba melintas. Mmg bahaya lah kawasan kalu tiba2 gajah tu terkejut n mengamuk. Dlm perjalanan pulang jugak, terdpt kemalangan yg melibatkan hanya sebuah lori trelar yg panjang. Ntah mcm mana lori tu boleh terbalik. Mungkin kerana ingin cuba mengelak dari melanggar gajah yg melintas kut. Or tak pun lori tu mmg bawak laju n kornar lipat mcm motor buat cornering baring. Nasib lori tu tak menutup jalan sampai abis. kalu tak mmg Lebuh raya timur barat masa tu xleh digunakan buat sementara. Ada jugak celah-celah yg terbuka utk laluan kenderaan lain. Bg pemandu lori tu, aku tak dpt menganalpasti kesihatan n keadaan dia. Kemalangan lori tu mcm dah berlaku lebih dari sejam.
Yg lain xde dah kut cerita yg ingin aku tulis mengenai perjalanan semasa menaiki bas budaya yg power dari bas2 yg lain. Aku selamat sampai ke penang pada pukul 4.50 pagi jumaat di gelugor. Aku rasa setakat ini sahaja santapan buat kali ini. Semoga Perjalanan korang utk pulang dari rumah selamat.
(Sebenarnya, aku dah lama tak naik bas pegi jauh2 mcm balik kg. Sbb tu la aku saja nk tulis semua ni)
Wassalam
No comments:
Post a Comment