Assalamualaikum....
Hari nih aku nk kongsi satu cerita..kisah seorang budak kecil dan perlumbaan kereta mainan..aku petik kisah ni dari majalah kegemaran aku-'Blues selamanya'...
"Jangan Nangis Kalau Kalah......"
Pada suatu masa, ada seorang kanak-kanak sedang mengikuti satu perlumbaan kereta mainan. Suasana sungguh meriah ketika itu, tambahan perlumbaan itu sudah memasuki peringkat akhir. Hanya tinggal empat orang peserta dan sebelum memulakan perlumbaanakhir, mereka mempamirkan kereta milik masing-masing. Semuanya merupakan buatan sendiri kerana memang begitulah peraturannya.
Di antara empat orang kanak-kanak yang memasuki peringkat akhir itu, salah seorang daripadanya bernama Ahmad. Kereta mainannya biasa-biasa sahaja, namun dia berjaya juga masuk perlumbaan akhir. Jika dibandingkan dengan lawannya, ternyata kereta mainan Ahmad yang kelihatan paling tidak sempurna. Tidak hairan juga penonton yang menyaksikan berasa agak sangsidengan kemampuan kereta mainannya memasuki pertandingan akhir itu.
Memang, kereta mainan Ahmad langsung tidak menarik. Dengan kayu yang sederhana dan sedikit lampu hiasan di atasnya, tentu tidak setanding dengan hiasan mewah yang ada pada kereta-kereta mainan yang lainnya. Namun Ahmad bangga dengan itu semua, kerana kereta itu buatan tangannya sendiri.
Tibalah saat yang dinantikan -perlumbaan akhir! Setiap peserta telah bersiap di garis permulaan untuk melancarkan kereta lumba masing-masing selaju mungkin. Namun, seketika kemudian Ahmad meminta tangguh sebentar sebelum perlumbaan dimulakan. Mulutnya terkumat-kamit seperti sedang berdoa. Matanya terpejam sambil menadah tangan memanjatkan doa.
Mula! Dengan sepenuh tenaga mereka meluncurkan kereta lumba masing-masing. Dan ketika semua mata tertumpu di garisan penamat, ternyata kereta milik Ahmad yang mencecahnya dahulu. "Alhamdulillah, terima kasih," ucapnya tidak putus-putus dengan kemenangan itu.
Pada waktu penyampaian hadiah Ahmad naik ke pentas dengan bangga. Sebelum piala kemenangan diserahkan, dia ditanya, "pasti tadi kamu berdoa kepada Allah s.w.t. agar kamu menang, bukan?" Ahmad terdiam sejenak kemudian membalas, "bukan itu yang saya doakan...bukankah tidak adil meminta pada Allah s.w.t. untuk menolong kita mengalahkan saudara kita yang lain. Saya hanya bermohon kepada Allah s.w.t. supaya saya tidak menangis jika saya kalah."
JIKA KITA MELAKUKAN SESUATU DENGAN HATI YANG IKHLAS, KITA JUGA AKAN MENERIMA BALASAN YANG SAMA DAN MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH S.W.T
No comments:
Post a Comment