Assalamualaikum...
Selamat datang ke semester baru aku ucapkan pd kwn2 yang ade dalam blog nih..dah hampir seminggu 3 hari kita naik ke semester baru..pelbagai ragam student mula kita lihat kembali..ada yang datang dgn semangat baru untuk berjaya..sijil dekan sentiasa menjadi impian bagi sesiapa yang belum pernah merasa bangga dgn kemampuan diri..pada top student yang pernah merasa sijil dekan digenggaman..semakin bersemangat memulakan kembali kehidupan sebagai warga kampus..dengan harapan sijil dekan yang diimpi2kan kembali digenggami..
Kehidupan sebagai warga kampus kembali menghangatkan keadaan..kembali mewarnai suasana..dengan ragam pelajar2 senior menyusun jadual untuk keselesaan waktu dan tugasan..pelajar2 baru dengan muka "blurr" mengharapkan bantuan untuk menyesuaikan diri dengan suasana sebenar kehidupan di kampus..lecturer2 yang sentiasa sedia untuk mencurahkan ilmu didada..makcik2 cafe yang sentiasa tersenyum menantikan kedatangan student2 yang lapar..semuanya kembali dalam keadaan yang menyenangkan..
Disini aku ingain mengucapkan 'selamat kembali' menghadapi cabaran sebagai seorang mahasiswa..ingatlah kembali kepada niat asal kita semasa mula menapakkan kaki di kampus suatu ketika dahulu..ingatlah kepada harapan ibu-ayah yang ingin kita berjaya sebagai seorang 'manusia'..semangat kawan2 yang ingin melihat kawan2nya berjaya..keinginan lecturer2 untuk melihat ilmu yang dicurahkan berguna..dengan itu kita akan ingat bahawa tugas dan tanggungjawab kita sebagai student adalah besar..jadi..aku harap kita sama2 menjayakan diri..dan melaksanakan impian setiap orang disekeliling yang x henti mendoakan kita.....
No comments:
Post a Comment